Fairy Tail: Forces Unite kini boleh dimuat turun di Malaysia

Permainan mudah alih Fairy Tail: Forces Unite kini telah dilancarkan di Malaysia untuk peranti iOS dan Android. Ia merupakan sebuah permainan free-to-play yang dilancarkan oleh Garena dengan kerjasama Kodansha, penerbit manga Fairy Tail.

Dalam Fairy Tail: Forces Unite, anda boleh mencipta watak sendiri dan memilih antara sembilan kelas berbeza mengikut kuasa-kuasa magik dalam dunia Fairy Tail seperti Requip, Force, Velocity, dan lain-lain.

Permainan ini menggunakan sistem pertarungan mengikut giliran. Selain daripada watak anda sendiri, watak-watak utama dari manga Fairy Tail seperti Natsu, Lucy, dan Gray juga akan menyertai parti anda.

Kolaborasi antara Garena dan Kodansha memastikan pelakon suara dari siri anime Fairy Tail kembali melakonkan watak masing-masing. Terdapat juga beberapa babak penting dari siri tersebut yang akan anda lalui dalam permainan ini.

Para pemain yang muat turun dan mula bermain Fairy Tail: Forces Unite akan menerima satu watak SS-Class secara percuma iaitu Erza Scarlet. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai permainan ini, anda boleh melayari laman sosial rasmi Fairy Tail: Forces Unite di Facebook dan Instagram.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+