Honor of Kings kini mempunyai laman rasmi dan media sosial untuk Malaysia

Honor of Kings (HOK) akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Permainan ini adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) di pelantar mudah alih dan sudah lama menjadi permainan video MOBA mudah alih paling popular di negara China.

HOK juga akan mempunyai 122 hero kesemuanya dengan kelebihan dan permainan tersendiri yang unik.

Majoriti hero dalam HOK juga diinspirasikan dari mitologi dan cerita dongeng dari China.

Bagi memberi informasi terawal khas buat pemain-pemain di Malaysia, ini kesemua laman rasmi dan media sosial yang anda boleh ikuti bagi Honor of Kings.

Laman Rasmi Honor of Kings

Facebook

Tiktok

Instagram

HOK dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh Tencent Games.

Manakala di Malaysia pula, HOK akan diterbitkan oleh Level Infinite.

Honor of Kings bakal memasuki pasaran Malaysia mulai 20 Jun ini di pelantar Android dan iOS.

Setakat ini hanya muat turun Android APK sahaja diberikan di laman rasmi mereka.

Jangan lupa follow!

RELATED NEWS

+