FIFA 18: Infamous9 Sah Menyertai FrostFire, Shige Sebagai Jurulatih

Sejak dibubarkan tak lama dulu, pemain Fire Dragoon Esports kebanyakannya menyertai organisasi baru, FrostFire dan hari ini, ada berita baik diumumkan oleh organisasi itu.

Dari kiri: Infamous9 dan Shige

Bagi division FIFA, FrostFire mengumumkan kemasukan Kathireswaran “Infamous9” Sugumaran ke dalam skuad FIFA mereka. Bagi korang yang dah biasa turun padang menyaksikan pertandingan FIFA, mesti korang kenal Infamous9 yang menjuarai Malaysia Cyber Games (MCG) 2018, wakil ke China Esports Game 2018 dan banyak lagi.

Kemasukan ini bermakna Lim Boon Shin atau Shige akan menjadi jurulatih bagi Kathires bermula sekarang. Dalam satu kenyataan, FrostFire tanam keyakinan yang penambahan Infamous9 akan memberi perubahan pada corak prestasi pasukan ini dalam masa akan datang dan misi memburu lebih banyak gelaran juara dalam kejohanan e-sukan FIFA.

RELATED NEWS

+