FIFA 21 akan dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series pada awal Disember

EA Sports telah mengumumkan bahawa FIFA 21 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series pada 4 Disember tahun ini. Ini adalah berita baik kepada anda yang sedang menahan diri daripada membeli FIFA 21 untuk konsol generasi kini.

Walaubagaimanapun, pemilik PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One tidak rugi apa-apa jika membeli permainan tersebut untuk konsol masing-masing. Hal ini demikian kerana anda akan menerima naik taraf percuma ke versi konsol generasi baharu apabila anda berpindah ke PS5 atau Xbox Series.

Anda juga tidak perlu risau tentang keperluan untuk memulakan semula permainan. Segala kemajuan yang anda capai dalam versi konsol generasi kini akan dipindahkan ke konsol baharu.

Antara kelebihan-kelebihan versi konsol generasi baharu ialah kualiti grafik yang lebih baik dan waktu muatan lebih pantas. Cuma anda perlu ingat bahawa jika anda membeli versi fizikal untuk PS4, pastikan anda membeli PS5 yang mempunyai pemacu cakera optik.

FIFA 21 kini telah dilancarkan untuk PC, PS4, dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+