Microsoft menamatkan pengeluaran Xbox One untuk fokus pengeluaran Xbox Series X/S

Ketandusan cip dan komponen elektronik tahun ini memberi impak kepada pelbagai industri, Microsoft tidak terkecuali. Dalam langkah menangani kekurangan komponen ini, Microsoft memutuskan untuk menghentikan penghasilan konsol generasi lepas Xbox One untuk memfokuskan usaha kepada pengeluaran Xbox Series X dan S, iaitu konsol generasi hadapan syarikat itu.

Berbeza langkah dengan syarikat pesaing Sony di mana mereka menambahkan jumlah pengeluaran PlayStation 4 untuk mengurangkan tekanan permintaan PlayStation 5 yang melambung tinggi.

“Untuk menumpukan pada pengeluaran Xbox Series X dan S, kami menghentikan pengeluaran untuk semua konsol Xbox One menjelang akhir 2020,’ kata Cindy Walker, pengarah kanan pemasaran produk konsol Xbox.

Xbox Series X dan S

Setakat ini, Microsoft mampu memenuhi permintaan pasaran. Namun, cabaran stok rendah itu masih menjadi cabaran kepada syarikat itu dan langkah ini diharapkan dapat membantu Microsoft untuk mengelakkan masalah kekurangan stok konsol generasi hadapan itu.

“Kami sebenarnya boleh membina lebih banyak cip Series S dalam ruang cetakan cip yang sama seperti mana kami boleh membina Siri X,” kata Phil Spencer, Naib Presiden Eksekutif Gaming di Microsoft.

Itulah sebab utama mengapa stok Xbox Series S kelihatan stabil, hasil keputusan Microsoft untuk menghentikan penghasilan Xbox One S demi konsol generasi seterusnya.

Sumber rujukan: The Verge

RELATED NEWS

+