FIFA 21 catat 31 juta pemain, Apex Legends dengan 13 juta pemain aktif sepanjang Musim 9

EA kali ini berkongsi kejayaan bahagian kewangan mereka bagi suku kedua 2021 yang berakhir pada Jun lalu. 

Dalam pengumuman kali ini, mereka memberi tumpuan kepada dua permainan terkenal iaitu FIFA 21 dan Apex Legends yang terus menerus menerima pemain baru.

Lapor Aksiz, FIFA 21 mencatatkan mempunyai lebih 31 juta pemain bagi konsol dan PC dengan peningkatan sebanyak 6 juta pemain berbanding suku pertama yang berakhir pada Mac. Ia juga mencatatkan jumlah perlawanan sebanyak 48% berbanding tempoh masa yang sama untuk tahun lepas. 

Manakala untuk Apex Legends, ia mencatatkan dengan purata 13 juta pemain aktif sepanjang Musim 9 yang berakhir minggu ini. 

Dengan kejayaan ini, EA mencatatkan hasil pendapatan sebanyak US$1.551 bilion di mana, 79% daripada jumlah itu adalah hasil pembelian dalam permainan dan 21% adalah daripada pembelian permainan. 

Sumber: Aksiz

RELATED NEWS

+