temubual bersama TechCrunch."> temubual bersama TechCrunch." /> temubual bersama TechCrunch." />

“Saya ‘hack’ ALGS hanya sekadar suka-suka,” – Destroyer2009

Penggodaman (hacking) yang berlaku di kejohanan Apex Legends Global Series (ALGS) hanya ‘sekadar suka-suka’. Itu kata penggodam, Destroyer2009 dalam satu temubual bersama TechCrunch.

Baru-baru ini, komuniti Apex Legends digemparkan dengan isu penggodaman di mana dua pemain profesional diberikan hack tanpa diminta ketika berlangsungnya final kejohanan ALGS itu.

Destroyer2009 berkata, dia melakukan perkara itu tidak lain tidak bukan untuk ‘memaksa’ Respawn memperbaiki sistem keselamatan dalam permainan video itu.

Dia bagaimanapun tidak memberitahu teknik penggodaman digunakan tapi ‘menunggu sehingga semuanya elok dan kembali ke normal’.

“Ia tak berkaitan dengan server dan saya tidak sentuh apa-apa di luar Apex,”. Ini bermakna dia tidak menggodam komputer pemain secara terus tapi hanya menerusi permainan.

Penggodam ini juga tidak menghubungi Respawn atau EA untuk memberitahu tentang isu keselamatan yang rapuh dalam permainan kerana mereka tidak akan memberi ganjaran pun kepada individu yang membuat laporan secara rahsia.

Respawn juga sudah melakukan kemaskini pada permainan dengan patch memperbaiki isu keselamatan ini pada 19 Mac lalu.

RELATED NEWS

+