FIGHT Esports dan KITAMEN berganding bahu menganjurkan Level Up KL Junior Cup 2021

Platform hiburan e-sukan, FIGHT Esports berganding dengan organisasi e-sukan, KITAMEN bagi menghoskan grand final Level Up KL Junior Cup 2021.

Kejohanan Mobile Legends ini akan mempunyai dua pusingan kelayakan yang akan menyaksikan lapan dari 512 pasukan bertanding di grand final untuk merebut hadiah terkumpul RM5,000.

Final diadakan pada 5 November hingga 7 November ini di Festival Kreativiti Digital Malaysia (MYDCF) 2021.

Ini adalah pecahan hadiah terkumpul:

Juara: RM2,000
Naib juara: RM1,000
Tempat ketiga: RM600
Tempat keempat: RM400
Tempat kelima: RM250 setiap pasukan.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan KITAMEN untuk hos kejohanan pertama yang dikhususkan kepada pelajar Malaysia di peringkat menengah.

“Sebagai pemain industri, ia adalah sasaran jangka panjang kami untuk mendedahkan kepentingan ‘healthy gaming’ dan menyerlahkan bakat e-sukan yang terdiri dari generasi muda,” kata Matthew Ho, Ketua FIGHT Esports.

Sementara itu, CEO KITAMEN, Hazman Hassan berharap Level Up KL Junior Cup 2021 bukan saja menjadi acara tahunan tapi juga sebagai harta intelektual (IP) yang menyatukan kesemua atlet e-sukan yang muda di bawah satu jenama.

Festival yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini adalah kombinasi festival animasi dan komuniti permainan secara virtual dengan memfokuskan pada animasi, game, permainan dan rekaan.

Sepanjang November, MYDCF akan menampilkan program interaktif seperti Anugerah SEA Games, kejohanan e-sukan, festival Comic Art dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Level Up KL Junior Cup 2021, layari laman sesawang KITAMEN

Grand Final ini sudah pun bersiaran langsung pada hari ini dan esok di Tiktok Fight Esports dan Tiktok KITAMEN

RELATED NEWS

+