Final Fantasy 8 Remastered Akhirnya Diumumkan, Bakal Tiba Pada Tahun 2019

Final Fantasy 8 merupakan salah satu game klasik kegemaran semua peminat Final Fantasy dan akhirnya, versi remastered telah disahkan oleh Square Enix!

Sempena ulangtahun ke-20 Final Fantasy 8, Square Enix bakal membawakan Final Fantasy 8 ke platform moden iaitu untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan Steam. 

Sebelum ini, Final Fantasy 8 pernah dilancarkan semula di PC pada 2013 tetapi ramai pemain merasakan versi PC ini tidak mencapai standard yang dikecapi oleh game Final Fantasy klasik lain seperti 7, 9, 10 dan 12. Keempat-empat game itu sering dinaiktarafkan (remastered) ke semua platform moden termasuk mobile.

Final Fantasy 8 dilancarkan pada 11 Februari 1999 yang mengikuti perjalanan Squall Leonhart dan rakan-rakan dalam latihan menjadi tentera upahan. Namun, kehidupan mereka terancam oleh seorang ahli sihir daripada masa hadapan bernama Ultimecia

Di sebalik cabaran untuk mengalahkan Ultimecia, Squall bergelut dengan posisinya sebagai ketua dan jatuh cinta kepada Rinoa Heartilly yang turut menyertai pengembaraannya.

Final Fantasy 8 Remastered bakal dilancarkan pada tahun ini tetapi masih lagi belum ada tarikh rasmi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+