Final Fantasy VII: The First Soldier – Macam PUBG tapi Final Fantasy

Final Fantasy VII: The First Soldier dibina oleh Ateam Inc dan dikeluarkan oleh Square Enix. Permainan percuma battle royale tapi Final Fantasy di iOS dan Android. Dengan penambahan seperti class, magic, chocobos, summons tetapi ada elemen battle royale. Anda boleh saksikan video trailer di bawah untuk permainan battle royale unik dalam dunia Final Fantasy VII:

Pemain boleh memilih class sendiri yang mempunyai kuasa dan senjata masing-masing. Warrior boleh menggunakan dash dan senjata jarak dekat yang lebih panjang dari orang lain. Sorcerer pula mempunyai banyak mana dan boleh memggunakan kuasa untuk kawasan yang besar.

Monk boleh menjadi tank dengan mengeluarkan perisai dan juga mendapat kelebihan heal. Akhir sekali ialah Ranger yang boleh menjadi sniper dan menjadi perisik untuk pasukan anda.

Final Fantasy VII The First Soldier

Nantikan nanti Final Fantasy VII: The First Soldier akan datang tahun ini untuk iOS dan Android. Dapatkan informasi selanjutnya di FF:VII The First Soldier Square Enix.

RELATED NEWS

+