Square Enix lancarkan Marvel’s Guardian of the Galaxy

Square Enix baru-baru ini melancarkan permainan Marvel’s Guardian of the Galaxy secara rasmi buat pemain dan peminat francais itu. Permainan aksi pengembaraan ini dibangunkan oleh sebuah studio berpangkalan di Montreal, Canada, Eidos-Montreal.

Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai Peter Quill atau Star-Lord bersama pasukan Guardiannya iaitu Gamora, Rocket Racoon, Groot dan Drax the Destroyer dalam menjelajah angkasa sebagai lanun angkasa. 

Namun, berlaku satu tragedi yang tercetus semasa pengembaraan mereka di mana mereka perlu menyelamatkan angkasa daripada pelbagai ancaman.

Bagi memberikan permainan lebih menarik, terdapat beberapa perkara di mana pemain perlu membuat keputusan melalui beberapa pilihan dialog. Ia secara langsung akan memberikan impak kepada sesama ahli pasukan.  

Jadi, sudahkah anda bersedia menjelajah angkasa sebagai Star-Lord?

Marvel’s Guardian of the Galaxy kini tersedia untuk platfrom PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games. Manakala untuk Nintendo Switch, ia boleh dimainkan secara atas awan.

RELATED NEWS

+