Final Fantasy VII Remake Intergrade untuk PC mungkin akan menuju ke Steam pada masa hadapan berdasarkan fail yang ditemui dalam permainan yang dijual di pelantar Epic Games Store.
Hal ini mula dikesan oleh pengguna seorang pengguna Twitter, AtelierTool, yang menunjukkan bahawa permainan itu mempunyai Steam AppID yang tersimpan dalam failnya.
AppID adalah sesuatu yang diperlukan untuk semua permainan di Steam.
AppID ini dicipta pada Oktober 2020 iaitu 6 bulan selepas permainan dilancarkan untuk PlayStation 4.
I can confirm that #FinalFantasy VII Remake is planned to release on Steam after Epic Games exclusive contract end.
The game AppID used for devtest is 1462040.https://t.co/67PgcC6FYU
The app have been created in October 2020, 6 months after release on PS4. pic.twitter.com/adobr5B7Pq
— Just call me Road (@AtelierTool) December 17, 2021
Pemain yang memuat turun Final Fantasy VII Remake Intergrade juga akan mendapati bahawa terdapat sebuah fail Steamworks dalam gugusan failnya.
Ini juga petanda besar bahawa permainan ini akan berpindah ke Steam.
Pemindahan ke Steam ini memberi berita baik kepada pemain kerana pelantar Steam berkali ganda lebih baik berbanding Epic Games Store.
Selain itu, pemain juga boleh menggodek fail-fail dalaman permainan untuk memberikan pengalaman permainan yang tersuai.
Ini dikenali sebagai modding dan komuniti ini amat aktif di pelantar Steam.
Setakat ini, tiada tarikh rasmi untuk permainan ini dilancarkan di Steam, namun berdasarkan permainan-permainan sebelum ini yang dilancarkan di Epic Games Store dan kemudian ke Steam, ia mungkin mengambil masa 6 sehingga 12 bulan untuk kontrak eksklusif ini tamat.
Sumber rujukan: Twitter