Fnatic berminat pada H1ber daripada Team Finest

Selepas kecundang semasa kejohanan VALORANT Champions awal Disember lalu, Fnatic kini dalam proses bagi merombak barisan roster mereka.

Organisasi itu juga mengumumkan untuk melepaskan salah seorang pemain mereka, Domagoj ‘Doma’ Fancev.

Dexerto melaporkan terdapat satu sumber yang menyatakan Fnatic berminat untuk memerhati pemain daripada pasukan Israel, Team Finest, iaitu Joona “H1ber” Parviainen. 

H1ber merupakan pemain Sova, yang mana bagi Fnatic ianya akan membantu pasukan itu memberikan taktikal yang lebih fleksibel.

Selain, mereka merancang untuk memberi dua pemain mereka, Boaster dan Mistic peranan baharu. 

Buat masa ini masih tiada berita rasmi mengenai perubahan ini. Mungkin dengan perubahan ini akan membantu mereka menjulang piala Champions musim depan. 

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+