Salah seorang pengurus liga (marshal) mengatakan dia dituduh bersubahat dengan Team Circus dalam situasi ini.
Kenyataan ini dibuat selepas kenyataan yang dikeluarkan daripada LIGA eMAS.
Junsun “Heartnet” Yeo mengatakan dia tidak terlibat dalam situasi ”piloting account” yang dikaitkan dengan LIGA eMAS.
Dia mengatakan ketika kejadian berlaku dia sudah keluar dari studio dan tidak berada di tempat operasi pertandingan.
Pentadbir pertandingan juga tiada ketika itu dan dia tidak sama sekali terlibat kerana tidak berada disitu.
Dia juga ada mengeluarkan kenyataan bagi pemain Team Circus.
Dua pemain Team Circus iaitu Miki dan Fishball keluar ketika kejadian.
Rumah Pecal mula terbakar dan terpaksa tinggal di rumah Miki buat semetara waktu.
Ender pula mempunyai ibubapa yang sangat tegas dan komputernya telah disimpan sebelum tarikh permainannya bermula pada 1 Mei lepas.
ReN pula di rumah bermain ranked di Valorant.
“Mustahil lima pemain ini menjadi joki untuk pemain YGGP ketika masa ini.” tambah Heartnet.
Tambahan lagi, DzN juga telah menarik diri akibat tidak cukup pemain dan Team Circus keluar dari rumah mereka kerana tiada perlawanan untuk dimain.
Dari sudut You Guys Get Paid? (YGGP) pula, TITATINUM pemain YGGP, sudah memutuskan mereka bakal menarik diri dari keseluruhan pertandingan akibat masalah dalaman pasukan.
Heartnet mengatakan pengurus pertadingan tidak memberi apa-apa bukti kukuh atas tuduhan mereka dan dibiarkan senyap begitu sahaja.
Heartnet juga kesal dengan keputusan Pengurus Projek LIGA eMAS kerana sudah dihubungi untuk membantu Dota 2 tetapi dia ditukarkan kepada Valorant kerana marshal sebelum ini tidak membantu.
Wong Kay Vin dari MineskiGlobal membalas ciapan Facebook itu dan memohon Heartnet untuk memberi bukti mengatakan dia tidak terlibat ketika kejadian.
Pihak penganjur juga dikatakan tidak mahu memberi bukti kepada Heartnet dan para pemain akibat pengharaman mereka.