Paper Rex tempat kedua di VCT Pacific Kickoff, layak ke Masters Madrid

Pasukan VALORANT, Paper Rex berjaya melayakkan diri ke Masters Madrid selepas mendapat tempat kedua di kejohanan VCT Pacific Kickoff yang diadakan minggu lalu.

Mereka layak bersama satu lagi pasukan, Gen.G yang menjuarai VCT Pacific kali ini.

Di peringkat kumpulan, Paper Rex berjaya memenangi perlawanan ke atas Gen.G dan kemudian meneruskan dominasi mereka di playoffs ke atas T1 dengan kemenangan bersih 2-0.

Bagaimanapun, momentum mereka berjaya dihentikan oleh Gen.G yang sekali lagi menemui mereka, kali ini di grand finals dengan skor 3-1.

Pemain kelahiran Malaysia, Khalish Rusyaidee atau D4V41 juga turut bermain untuk pasukan Singapura itu.

RELATED NEWS

+