Fnatic kekalkan momentum tewaskan Vision Strikers

Fnatic masih lagi kekalkan kekuasannya bagi Kumpulan D di VALORANT Champions, selepas menewaskan Vision Strikers dengan keputusan 2-1, menempah tempat di Suku Akhir.

Peta Icebox menjadi pilihan Fnatic untuk mempamerkan kekuatan mereka dengan menewaskan Vision Strikers 13-10, selepas memperkuatkan serangan mereka di separuh masa kedua. 

Vision Strikers memilih Haven untuk membalas semula tindakan Fnatic dengan menewaskan mereka dengan 13-10.

Pusingan penentuan, kembali di Fracture, kali ini Vision Strikers terpaksa akur kepada kemampuan Fnatic yang ungguli separuh masa pertama 9-3 sebelum perlawanan ditamatkan dengan 13-6.

Vision Strikers pula berada di pusingan penyingkiran menunggu sama ada mereka akan menentang Cloud9 atau Full Sense untuk mara ke Suku Akhir.

Saksikan kejohanan VALORANT Champions 2021 secara langsung di saluran rasmi VALORANT di Trovo, YouTube dan Twitch. 

Sumber: VALORANT Esports

RELATED NEWS

+