Jinggg kembali ke lineup utama Paper Rex

Paper Rex mengumumkan Wang “Jinggg” Jing Jie kini kembali ke lineup utama pasukan. Ini bermakna pemain sedia ada, Cahya “Monyet” Nugraha akan dipindahkan ke bahagian pemain simpanan.

Pada sebelum ini, Jinggg sepatutnya menyertai latihan khidmat negara (military service) untuk negaranya, Singapura namun kini diberikan kelonggaran untuk bermain bersama pasukan. Ia adalah berita baik kerana dia akan bermain untuk liga VCT Pacific yang akan bermula dari 6 April hingga 12 Mei ini.

Dalam satu laporan GosuGamers turut menyebut yang Jinggg tidak sihat dan dikecualikan dari latihan khidmat negara kerana status kesihatannya yang masih menerima rawatan. Bagaimanapun, status kesihatannya tidak akan menjejaskan kebolehannya untuk bermain di peringkat kompetitif dan kontraknya sudah disambung sehingga 2026.

Liga VCT Pacific League Stage 1 akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan.

Foto: Paper Rex

RELATED NEWS

+