Siapa sangka sejarah bakal berulang sekali lagi buat permainan video FPS.
Ia seakan-akan mengulang kembali kisah forsaken lima tahun lepas dengan menggunakan hack yang ditukar nama ke word.exe.
Kejadian ini berlaku kepada pasukan Tokyo Revengers yang mempunyai lima pemain baru yang tidak dikenali ketika kelayakan terbuka VALORANT Challengers Split 1.
Semua ini bermula apabila pengulas dari Indonesia iaitu Bredel membuat satu hantaran IG story di Instagram menunjukkan fail bernama Fantech Audio yang kononnya digunakan untuk fail audio.
Tetapi fail itu mempunyai program yang diubah menjadi Netflix.exe.
Fail teks juga menunjukkan cara-cara untuk menggunakan hack itu.
Lawan Tokyo Revengers juga mengatakan mereka merasakan sesuatu yang tidak kena kerana apabila berlawan Tokyo Revengers posisi mereka seperti berlawan dengan penipu di dalam VALORANT.
Kenyataan dari Tokyo Revengers juga dibuat mengatakan pemain mereka iaitu Mica pernah menggunakan hack untuk menipu tetapi tidak lagi menggunakannya.
Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari pihak penganjur.