Fortnite kembali sebagai raja Twitch selepas pelancaran Chapter 3

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Fortnite Chapter 3 baru sahaja dilancarkan di Epic Games Store dan ramai pemain menuju kembali ke pulau Battle Royale itu untuk melihat pelbagai perubahan baru yang disertakan dalam permainan terkenal ini. Antara penambahan baru yang agak ketara adalah penambahan watak Spider-Man serta lokasi baru iaitu Daily Bugle dari dunia watak superhero itu.

Jumlah pemain yang berminat untuk melihat perubahan ini sungguh ketara sehingga mampu membawa Fortnite ke kedudukan tertinggi di Twitch buat masa ini.

Semasa zaman kegemilangan Fortnite pada 2018, permainan battle royale sentiasa berada di bahagian atas carta Twitch dan YouTube. Fortnite, sebaliknya, kembali ke bahagian atas carta Twitch dengan pelancaran Chapter 3, dengan purata penonton permainan meningkat sebanyak 147.5 peratus dalam tujuh hari sebelumnya, menurut laman web statistik penstriman langsung SullyGnome.

Siaran Chapter 3 menerima lebih daripada 24 juta jam masa tontonan dengan semakin ramai pemain datang setiap hari untuk menguji kemahiran mereka di medan pertempuran yang baru.

Buat masa ini, SypherK memegang kedudukan tertinggi dengan 200,000 penonton serentak manakala penstrim seperti TheGrefg menerima 50,000 tontonan serentak.

RELATED NEWS

+