Seorang streamer dari Twitch bernama luality berjaya memasang motion controls (kawalan pergerakan) dalam Elden Ring.
Sudah semestinya Elden Ring bukan permainan video yang mudah apatah lagi jika anda tidak menggunakan alat kawalan permainan video.
Luality berjaya mengaturkan semua pergerakan yang boleh dibuat dalam Elden Ring.
Twitch streamer @luality has setup complete motion controls for Elden Ring… attacking, dodging, healing, everything
Do it IRL -> do it in the game pic.twitter.com/s2taOS4VjC
— Jake Lucky (@JakeSucky) February 15, 2023
Paling melucukan, bagi pergerakan untuk mengelak, Luality perlu menggoncangkan bahu dan badannya semata-mata untuk mengelak.
Dia juga menggunakan pedang palsu untuk membuat pergerakan menyerang.
Malah untuk minum Flask of Crimson Tears dia akan membuat pergerakan minum sama seperti karakter Elden Ring.
I am so excited to share my Elden Ring LARP challenge run! It took me weeks to get the controls working (still needs adjustment), hopefully soon my armor will arrive! pic.twitter.com/ahK7N6iIlm
— Luality (@luality) February 10, 2023
Luality kini sedang cuba menamatkan permainan video Elden Ring menggunakan kawalan pergerakan yang dibuat olehnya.
Anda boleh melihat streamer ini di Twitch.