"> " /> " />

uHigh sah bersama SEM9

DHIYA ULHAQ (UHIGH) BERSAMA SEM9!

Pemain PUBG Mobile Malaysia, Dhiya Ulhaq atau uHigh yang mencipta nama bersama organisasi Indonesia, Bigetron, kini sah menyertai SEM9.

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran di laman sosial PUBG Mobile Esports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Anak muda berusia 19 tahun ini mempunyai beberapa pencapaian antaranya juara PMPL MYSGPH Fall 2022 bersama Geek Fam dan tempat ketiga di PMSL SEA Fall bersama Bigetron.

uHigh memulakan kariernya bersama Bigetron RA pada 2020 sebelum ditukarkan ke Bigetron Red Villains pada tahun lalu. Pada 13 Januari lalu, uHigh diumumkan tidak lagi bersama organisasi itu.

SEM9 turut mengumumkan Looyou, Brian, Pasha, Superboi dan Mica membentuk roster terkini.

Mereka akan berentap di PMSL SEA 2024.

RELATED NEWS

+