Free Fire: Patch OB38 bakal hadirkan karakter dan haiwan peliharaan baharu

Satu pembaharuan bakal hadir di patch update OB38 yang menjangkakan dua perkara menarik.

Menerusi pelayan awal (Advanced server) Garena Free Fire, dilihat karakter dan haiwan peliharaan baharu sedang diuji cuba untuk mengenal pasti In-Game Bug. 

Karakter

Kemampuan karakter aktif baharu ini melingkupi faktor posisi di mana pemain mampu memindahkan badan karakter ke suatu tempat lain atau teleport. 

Di tahap tertinggi (keenam), penggunaan kali pertama kemampuan ini akan mengeluarkan satu patung dengan mata pukulan sebanyak 150 (HP) yang bergerak secara autonomi selama lima saat.

Penggunaan kali kedua akan membuatkan badan karakter berpindah (teleport) ke arah patung yang dijana pada penggunaan kali pertama.

Masa pengecasan pada tahap tertinggi (keenam) yang optimum selama 60 saat seiring dengan karakter seperti Alok, Steffie, Skyler dan A124.

 

Haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan, Kactus mencakupi sisi penyembuhan kerana mampu berikan penambahan kuasa etika (ethical power),EP sebanyak 10 mata per saat.

Cara pengaktifan mudah yang menetapkan pemain hanya perlu berdiri tanpa pergerakan selama enam saat.Namun akan menghentikan penambahan selepas melengkapkan 100 EP atau pergerakan berlaku.

Kombinasi karakter K dan Kapella serta haiwan peliharaan Kactus dapat berikan penyembuhan terhadap mata pukulan (HP) secara efektif.

RELATED NEWS

+