Free Fire: Hanya 18 pasukan akan layak daripada kelayakan dalam permainan MCPS

Kejohanan Majors MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka) musim kelima sah akan menyediakan 18 slot sahaja bagi kelayakan dalam permainan untuk layak ke peringkat akhir kelayakan.

Kenyataan itu dimuat naik melalui Facebook dan Instagram rasmi Garena Free Fire Malaysia.

Format permainan adalah seperti biasa iaitu pendaftaran melalui The Arena pada 24-26 Februari dan memperuntukkan 15 permainan serta mengambil hanya mata daripada lima permainan terbaik.

Kelayakan Final menyediakan slot automatik kepada enam pasukan Grand Finals yang lepas seperti HardtoGet, Blacklist International, Supreme Assault Forces, Axis Esports, SEM9 dan Anxiety.

Sebanyak 24 pasukan akan berentap di Kelayakan Final pada 3 Mac untuk merebut 11 slot ke peringkat liga pada pertengahan Mac.

RELATED NEWS

+