Garena umum kalendar e-sukan Free Fire MCPS, bakal hadirkan tiga kejohanan peringkat dunia

Pihak pembangun e-sukan Garena Free Fire (MCPS) sudah mengeluarkan kenyataan berkaitan kalendar e-sukan sepanjang tahun 2023 pada minggu lalu.

Pendedahan itu agak mengejutkan apabila tiada Siri Cabaran Free Fire (FFCS) kali ini dan lebih memfokuskan kejohanan peringkat komuniti seperti Hayato Cup dan Moco Cup serta beberapa kejohanan dalam permainan.

Tambahan lagi, Kejohanan E-sukan Malaysia (MEC) bakal hadir dalam kelompok slot untuk ke MCPS Majors musim kelima walaupun ketiadaan kejohanan sub-region Malaysia dan Filipina.

Dalam roadmap oleh Garena Free Fire itu, terdapat kelainan pada kali ini kerana pada pertengahan musim bakal diadakan dua kejohanan peringkat dunia. Antara kejohanan yang pernah diadakan adalah Piala Dunia Free Fire (FFWC), Siri Dunia Free Fire (FFWS) dan Siri Benua Asia (FFCS:Asia).

Peluang sang juara bagi edisi kelima MCPS Majors agak cerah kerana dijangka akan beraksi dua kejohanan dunia. Jadi, saingan bagi musim ini bakal menawarkan aksi yang menarik.

Berikut adalah peringkat kelayakan yang dikhaskan oleh Garena Free Fire untuk MCPS Majors musim kelima:

  • Enam teratas daripada Grand Finals musim keempat akan terus ke peringkat liga
  • Enam pasukan lain di Grand Finals bakal bermain Peringkat Akhir Kelayakan.
  • Satu pasukan daripada MEC (Malaysia Esports Championship) bakal dijemput peringkat liga.

RELATED NEWS

+