Free Fire MAX adalah permainan video baru battle royale yang akan dilancarkan pada 28 September ini.
Game ini mempunyai pengalaman bermain yang sama tetapi dengan tetapan grafik lebih tinggi dan beberapa fungsi baru.
Setiap pemain yang pra-daftar juga bakal mendapat beberapa ganjaran apabila Free Fire MAX dilancarkan.
Free Fire dan Free Fire MAX juga akan mempunyai rentas pelantar dan kedua-dua versi dapat bermain bersama.
Jangan lupa pra-daftar sekarang di App Store dan Google Play.