Free Fire Challenger Series Season 2 kembali dengan jumlah hadiah wang RM131,000

Free Fire Challenges Series Season 2 akan datang pada 12 Jun ini.

Lain dari Challengers Series sebelum ini, kali ini pasukan Free Fire akan disertai oleh empat negara iaitu Malaysia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka.

Pertandingan ini akan diperkemas dengan menjadi satu pertandingan besar dimana semua pasukan akan berentap untuk mendapatkan sebahagian besar dari AS$30,000 (RM131,000) jumlah wang hadiah terkumpul.

Pendaftaran Challengers Series Season 2 akan bermula dengan kelayakan in-game bermula 9 sehingga 11 Jun ini dengan hari perlawanan pada 12 Jun.

Kesemua pemain perlu mempunyai level minima 20 dengan Platinum 1 di dalam mod Battle Royale untuk layak.

Perlawanan akan bermula 12 Jun Ahad depan bermula jam 1 petang sehingga 6 petang (GMT+8).

Sama seperti edisi sebelum ini, enam pasukan akan terus layak memasuki Challengers Series Season 2 dan masuk ke Kelayakan Akhir untuk Malaysia, Kemboja dan Filipina.

Berikutan itu 24 pasukan teratas akan memasuki kelayakan akhir dan 18 teratas akan ke Perlawanan Akhir pada 30 dan 31 Julai ini.

Maklumat lanjut Free Fire Challenger Series Season 2 boleh didapati di laman rasmi Facebook dan Instagram Free Fire.

RELATED NEWS

+