India bakal tarik kembali sekatan permainan mudah alih BGMI dan Free Fire?

Isu pengaruh keganasan dan keselamatan menerusi permainan mudah alih sebelum ini menjadi topik hangat di India. Namun, baru-baru ini kerajaan negara itu dikatakan bakal menyahsekat Battlegrounds Mobile India (BGMI) dan Free Fire.

Perkara itu dikaitkan dengan kenyataan Kementerian Belia dan Sukan negara itu mengiktiraf e-sukan sebagai acara sukan pelbagai dan disokong Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat. 

Para penggiat industri permainan mudah alih mengharapkan khabar angin itu bakal menjadi kenyataan. Tambahan lagi, pempengaruh Yash Bhanushali menerusi ciapannya mengatakan, “Mac (hingga) akhir April ialah bulan tentatif untuk BGMI/FF kembali. Kali ini ia akan kembali untuk selamanya. Teruskan berlatih kerana ia penantian yang berbaloi,”.

Sebelum ini, permainan PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite disekat dan dikeluarkan daripada Play Store dan Apps Store. Krafton hadir dengan idea mencipta sebuah permainan yang sinonim dengan mekanisma seakan sama dengan PUBG Mobile iaitu Battlegrounds Mobile India (BGMI) namun turut disekat.

Di samping itu, sekatan terhadap Garena Free Fire juga agak mengejutkan komuniti permainan itu disebabkan komuniti yang besar dalam kalangan pemain.

Walau bagaimanapun, pemain masih lagi boleh mengakses ke aplikasi Garena Free Fire Max sehingga kini tetapi fungsi dan pembaharuan patch tidak tersedia sama sekali.

RELATED NEWS

+