Wakil Malaysia, Expand akan ke Vietnam pada 24 Mei hingga 26 Mei ini untuk bertanding dalam pusingan grand final Siri Dunia Free Fire (FFWS) Asia Tenggara yang mana lapan pasukan terbaik akan layak ke Piala Dunia E-Sukan (EWC) pada bulan Julai ini.
Expand sebelum ini berjaya meraih ranking kelapan dalam liga FFWS SEA Spring yang dimainkan selama enam minggu. Selain Expand, Todak dan HomeBois juga bertanding di FFWS SEA namun mereka gagal mara ke pusingan grand final kerana berada di kedudukan ke-16 dan ke-18.
View this post on Instagram
Selain slot penting EWC, Expand juga bakal merebut sejumlah besar hadiah wang tunai terkumpul AS$300,000 (RM1.4 juta) di FFWS SEA Spring ini.
EWC mengumpulkan kira-kira AS$1 juta (RM4.7 juta) untuk kategori Free Fire di mana pasukan-pasukan terbaik akan bertarung di Riyadh, Saudi.