Free Fire World Series akan berlangsung di Singapura bulan Mei ini

Kejohanan Free Fire yang paling ikonik, Free Fire World Series (FFWS), akan berlangsung di Sentosa, Singapura. Sentosa terletak tidak jauh dari pantai selatan Singapura, dan adalah kawasan paling menarik untuk pelancong menikmati pandangan serta tarikan yang berada di pulau itu. 

Bagi peminat Free Fire, tarikan utama yang menjadi titik perhatian adalah kejohanan terbesar permainan itu sepanjang tahun. FFWS menyerlahkan usaha berterusan Garena untuk merangsang komuniti global dengan kandungan e-sukan yang kompetitif dan menarik, sambil mengutamakan keselamatan semua yang terlibat. 

Format

22 pasukan dari serata dunia akan menyetai kejohanan ini. Penyertaan pasukan-pasukan dari Amerika Utara, Pakistan, Brazil, Taiwan, Indonesia, Commonwealth of Independent States (CIS), Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Amerika Latin, Malaysia & Kemboja & Filipina (MCP), Vietnam, India, Amerika Latin dan Eropah akan ditentukan oleh pusingan kelayakan serantau.

12 pasukan pula akan bertarung dalam pusingan play-in untuk peluang mendapat tempat di peringkat akhir.

Dua pasukan teratas peringkat pertama ini akan menyertai 10 skuad lain yang sudah layak pada 21 Mei.

Hari perlawanan FFWS 2022 Sentosa akan berlaku dengan enam pusingan merentas tiga peta Free Fire.

Pasukan akan menerima mata untuk kedudukan mereka dalam ranking perlawanan dan untuk jumlah pembunuhan.

FFWS akan berlangsung pada 14 Mei untuk peringkat play-ins manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 21 Mei.

Sumber rujukan: Dotesports

RELATED NEWS

+