Pada minggu lalu, pihak Garena Free Fire mengumumkan pelayan awal (advance server) sudah ditutup bagi menguji penyesuaian dalam permainan akan datang.
Justeru, notis dalam permainan Garena Free Fire menyatakan bakal ada pembaharuan besar terhadap pengalaman Battle Royale untuk musim kali ini.
Sebelum ini, karakter baharu dapat dilihat sedang diuji yang rasmi dinamakan sebagai Santino. Kemampuan karakter ini di pelayan awal tampak kurang memberi impak yang besar kerana masa pengaktifan pemindahan posisi (teleport) hanya lima saat dan masa cooldown selama 60 saat.
Karakter ini akan secara rasmi diperkenalkan pada 11 Januari dengan ciri-ciri seperti:
- Masa aktif patung pemindah posisi selama 12 saat
- Mata pukulan dinaikkan menjadi 200 HP.
- Cooldown karakter adalah selama 80 saat di tahap keenam.
Penyelarasan ini disifatkan sebagai tindakan yang bagus kerana kebiasaan karakter baharu yang dikeluarkan akan menjadi salah satu yang terkuat. Langkah menaikkan masa cooldown itu dapat mewujudkan keseimbangan dalam kalangan pemain.
“Santino ialah pengasas Angelic, jenama sukan dan fesyen jalanan. Dia menjadikan hampir setiap trend popular di New Dawn, sepasang seluar dengan corak sayap malaikat yang melanda media sosial secara tiba-tiba.”