Free Fire World Series (FFWS) November 2021 ini dibatalkan

Garena mengumumkan bahawa Free Fire World Series (FFWS) 2021 tidak akan diadakan pada November ini akibat situasi Covid-19 yang semakin meruncing.

Demi menjaga kesejahteraan semua krew dan peserta yang terbabit dengan FFWS jadi Garena terpaksa membatalkan acara besar ini.

“Keputusan ini sukar untuk kami tetapi keselamatan semua pihak terbabit adalah keutamaan kami terlebih dulu,” kata Garena dalam satu kenyataan. Mereka juga berkata, pelbagai alternatif sudah difikirkan namun hanya menemui jalan buntu.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan berterusan.

Terdahulu, FFWS dilaporkan akan dianjurkan di Mexico namun negara Amerika Selatan itu dilanda varian Delta yang menyebabkan lebih 20,000 kes pada 24 Ogos.

Kali terakhir acara dwi tahunan ini diadakan ialah pada Mei tahun lalu di Singapura dengan format offline. Sebanyak AS$2 juta dipertandingkan yang mana pasukan Thailand, Phoenix Force memenangi sebahagian besar dari hadiah terkumpul itu.

RELATED NEWS

+