5 Anime Musim Luruh yang wajib anda tengok nanti

Akhirnya, musim anime terbesar tahun ini akan datang!

Dari My Hero Academia sehingga Spy x Family dan sudah semestinya anime yang ditunggu-tunggu Chainsaw Man dan Bleach Thousand-Year Blood War.

1. Chainsaw Man

Dari ciptaan Tatsuki Fujimoto dengan cerita aksi seram Chainsaw Man membawa Denji, seorang remaja yang mempunyai kuasa syaitan gergaji berantai bernama Pochita untuk menjadi Chainsaw Man.

Ia sudah semestinya menjadi anime yang ditunggu-tunggu untuk tahun ini.

Saksikan cerita penuh aksi dan darah dalam Chainsaw Man.

2. Bleach: Thousand-Year Blood War

Setelah sedekad, akhirnya Bleach akan menghabiskan siri animenya.

Studio Pierrot kembali mengambil adaptasi Bleach untuk penghabisan cerita Bleach.

Kali ini Ichigo Kurosaki bersama rakan seperjuangannya akan berperang dengan Quincy yang sudah lama berdendam dengan Shinigami.

3. Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury

Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury membawa cerita Suletta Mercury sebagai protagonis wanita pertama siri Gundam.

Penceritaan bermula di planet Merkuri untuk menghadiri sekolah teknologi Asticassia, iaitu sekolah untuk menjadi pemandu mobile suit.

Sudah semestinya peminat Gundam tidak boleh terlepas dengan cerita ini.

4. Mob Psycho 100 Musim 3

Mob Psycho 100 kembali dengan musim ketiga dan berkemungkinan musim terakhir.

Penceritaan bersambung dengan kalahnya esper jahat Toichiro Suzuki dan pengganas organisasi Claw.

Shigeo “Mob” Kageyama kini terpaksa menghadapi satu ajaran sesat Psycho Helmet Cult yang mengambil inspirasi dari dirinya.

Mob kini perlu menjawab persoalan apa yang akan dia buat untuk mencari diri sendiri.

5.Blue Lock

Blue Lock menceritakan dunia dimana Jepun kalah teruk dalam piala dunia dan Jepun mahukan perubahan untuk pemain bola sepak mereka.

Kini projek Blue Lock, membawa 300 pemain serata Jepun untuk mencari pemain pelapis terhebat tetapi hanya untuk posisi penyerang sahaja.

Banyak lagi anime hebat akan datang nanti.

Jangan lupa!

RELATED NEWS

+