G2 Esports akan lawan MAD Lions dalam perlawanan pembukaan LEC Musim Panas 2021

Rasa macam baru semalam Mid-Season Invitational berakhir, sebuah kejohanan besar League of Legends yang mengumpulkan pasukan terbaik daripada pelbagai rantau.

G2 Esports antara nama besar yang disebut-sebut sebagai wakil liga Eropah (LEC) namun mereka tewas di tangan MAD Lions.

Penyandang LEC sejak 2019 itu mengalami kesukaran berhadapan MAD Lions dalam patch baharu dan mereka tewas, jatuh ke pusingan lower bracket.

Selepas itu, mereka tidak berjaya melepasi halangan diberikan pasukan Rogue di lower bracket. Ini adalah pertama kali G2 tersingkir selepas bergelar juara LEC untuk empat musim berturut-turut.

Bagi menyemarakkan lagi arena kompetitif LEC yang akan memulakan musim panas, Riot Games meletakkan G2 dan MAD Lions dalam perlawanan pembukaan pada 11  Jun ini.

Liga musim panas itu akan berjalan selama hampir dua bulan dan tamat pada 1 Ogos nanti.

Peminat-peminat G2 pastinya tidak sabar menyaksikan kembali idola mereka bertarung di gelanggang LEC yang akan dianjurkan secara dalam talian.

Foto: Dot Esports

RELATED NEWS

+