Gambit ‘mengamuk’ tundukkan Team Secret

Hari kedua VALORANT Champions 2021 memperlihatkan Team Secret menentang Gambit di perlawanan pertama di mana mereka tewas kepada Gambit dengan keputusan 1-2.

Peta Icebox menjadi peta Team Secret mempamerkan kemampuan mereka ke atas Gambit. Meskipun berlaku isu teknikal ketika perlawanan, Team Secret masih mampu mengawal perlawanan dan menang dengan 13-2 ke atas Gambit.

Namun, siapa menjangkakan Gambit ‘mengamuk’ di Breeze yang menjadi lokasi Team Secret dibalas dengan 0-13 oleh Gambit.  

Percubaan Team Secret untuk kembali bangkit di Bind agak tergugat, mereka cuba untuk mengawal perlawanan di kedua-dua separuh masa. Namun, tewas kepada Gambit dengan keputusan 13-6.

Berikutan kekalahan itu Gambit mara ke perlawanan seterusnya. Manakala, Team Secret akan ke Lower Bracket.

Terus saksikan kejohanan dunia VALORANT Champions 2021 di saluran rasmi VALORANT di Trovo, YouTube dan Twitch.

RELATED NEWS

+