Selepas kontroversi yang melanda di dalam acara VALORANT semasa Sukan SEA di Kemboja, akhir pemain Singapura menjelaskan isu dari perspektif mereka.
Tidus “STYRON” Goh adalah salah seorang atlet untuk acara VALORANT dan mewakili Singapura untuk acara itu. Dia adalah pemain untuk pasukan Enigma Gaming.
Di dalam satu ciapan yang di muat naik STYRON di Twitter, dia menceritakan apa yang berlaku semasa perlawanan kontroversi itu.
SEA GAMES 32
Read : https://t.co/6n4ve6o0FP
— ENGM STYRON (@STYR0N) May 11, 2023
Menurutnya, Indonesia membuat satu jeda teknikal selepas skor mencecah 10-4 di peta Split.
Pada waktu itu, Singapura yang sudah mendahului dengan skor 1-0 selepas menewas Indonesia di peta Ascent.
Selepas menunggu selama 20 minit, mereka diberitahu oleh pihak penganjur bahawa Indonesia membuat satu aduan terhadap Singapura kerana menyalahguna kamera Cypher semasa skor 9-4.
STYRON menjelaskan bahawa posisi spycam itu boleh diletakkan di tempat itu dan ia diterima di Valorant Champions Tour (VCT).
Team Singapore used a Cypher Cam which caused a huge technical pause vs Team Indonesia
Team Indonesia and Admins thought that this was a BUG Cypher Cam which I showed in a video after
Team Singapore did not use the Bug version, cuz their Cam cannot see behind barrier #VALORANT pic.twitter.com/0D6QvagCc4
— FF vladk0r (@vladk0r_vlr) May 10, 2023
Pasukan Singapura lalu menghormati keputusan penganjur untuk bermain semula pusingan itu.
Namun, satu lagi isu diketengahkan oleh pasukan Indonesia.
Cypher sekali lagi menjadi isu selepas posisi kamera yang digunakan oleh Ingram “FREY” Tan daripada pasukan Singapura menjadi isu semasa pusingan kesembilan di mana skor adalah 5-3.
Indonesia mendakwa bahawa kamera itu boleh melihat mereka semasa fasa membeli (buying phase).
Namun, STYRON menjelaskan bahawa bahawa kamera yang digunakan itu tidak boleh dipusing ke arah Indonesia.
Dalam masa yang sama, Indonesia sudah menghubungi pihak penganjur tentang posisi itu dan pihak penganjur menyatakan bahawa kamera tidak boleh diletakkan di posisi itu.
so to give some context on why we complain. and this is with the organizers admins. pic.twitter.com/f3EvtzOgz8
— frostmind (@rafidndr_) May 10, 2023
Malangnya, maklumat ini tidak dikongsi bersama Singapura dan ia tidak disebut di dalam buku peraturan.
STYRON turut menambah bahawa menurut buku peraturan, penalti akan diberikan jika pepijat itu memberi impak kepada pusingan.
Tetapi pada pusingan itu, Indonesia berjaya memenangi pusingan.
Selepas jeda teknikal itu, kedua-dua pasukan dikatakan perlu menunggu daripada jam 7 petang sehingga 12 tengah malam
longest bo3 of my life I guess
— ENGM STYRON (@STYR0N) May 10, 2023
Pada jam 1 pagi, pihak penganjur Sukan SEA membuat keputusan untuk memulakan balik pusingan semasa skor 9-4.
Singapura menerima keputusan itu dan Indonesia diberi masa sehingga satu jam untuk masuk ke lobi. Namun, Indonesia meneruskan untuk melakukan protes dan mahukan keputusan yang berbeza daripada pihak penganjur Sukan SEA.
Pihak penganjur memberi lagi dua jam kepada Indonesia sebelum keputusan akhir dilakukan.
Pada jam 4 pagi, Singapura diberitahu oleh pihak penganjur bahawa satu keputusan telah dicapai mengenai isu semasa skor 5-3 di mana mereka perlu bermain dengan skor 5-5 sebagai penalti.
Mereka diminta untuk pulang ke hotel pada jam 4:30 pagi dan kembali ke pentas pada jam 8 pagi. 50 minit selepas itu, mereka menerima berita bahawa Indonesia sudah menarik diri daripada acara.
🇮🇩 Team Indonesia has forfeited the grand final of the 32nd Southeast Asian Games.
Juanita “Valezka” Tanjung, the brand ambassador for Indonesia in the SEA Games, stated that the team’s decision to forfeit is aimed at “upholding the nation’s dignity and considering the… pic.twitter.com/aRvLrGyk6f
— VALO2ASIA (@VALO2ASIA) May 11, 2023
Singapura hanya menunggu sahaja untuk acara penyampai pingat sebelum pihak penganjur memberi satu lagi cadangan di mana Indonesia dan Singapura akan berkongsi emas ataupun mereka akan sangkut di Kemboja selama seminggu untuk menunggu keputusan perlawanan.
Singapura akhirnya menerima keputusan untuk berkongsi pingat emas dengan Indonesia.
UPDATE – 🇮🇩 Indonesia and 🇸🇬 Singapore will receive joint-gold medalshttps://t.co/nl46uIoaYP
— VALO2ASIA (@VALO2ASIA) May 11, 2023
Rujukan dari VALO 2 ASIA.