Dua pasukan VALORANT diharamkan dari LIGA eMAS

LIGA eMAS adalah liga rasmi Malaysia yang dianjurkan oleh Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) dan direka untuk mempromosikan asal usul e-sukan.

Semalam LIGA eMAS membuat pengumuman ini di laman rasmi Facebook mereka.

LIGA eMAS mengatakan mereka berdukacita dan tidak akan bertoleransi dengan perkara ini.

Dua pasukan VALORANT iaitu Team Circus, You Guys Get Paid? (YGGP) serta pemain yang terlibat sudah diharamkan terus dari mana-mana siri LIGA eMAS akan datang termasuk pertandingan yang dianjurkan oleh MESF dan Blaze.

May be a graphic of text

Team Circus didapati bersalah dengan bukti mengatakan mereka tidak menggunakan akaun mereka sendiri dan melanggar peraturan 7.5.1 Bawah LIGA eMAS Musim 2 – Peraturan Valorant dengan cubaan menutup bukti untuk menyembunyi kesalahan mereka.

Pada 30 April, Team Circus menggunakan nama pasukan lain iaitu YGGP selepas kalah kepada NOVOID OMEGA untuk kelayakan ke Grand Finals.

Pengendali Liga juga dikatakan bersekongkol dalam hal ini.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari kedua-dua pasukan itu.

Tetapi satu kenyataan sudah dikeluarkan oleh pengendali liga yang menafikan tuduhan LIGA eMAS itu.

RELATED NEWS

+