Game Apa Yang Memberi Impak Positif Terhadap Hidup Anda?

Jika dilihat sekilas pandang, ramai orang menganggap video game ini hanyalah semata-mata untuk keseronokan. Namun, game adalah lebih dari sekadar alat melepaskan stres.

Baru-baru ini, pengarah naratif untuk game RPG akan datang berjudul Waylanders, Emily Grace Buck membangkitkan persoalan yang mengetuk pintu hati dalam kalangan pemain di laman Twitter.

Emily bertanyakan, “Apakah pengalaman gaming yang memberi impak positif terhadap kesihatan metal anda?” Soalan ini mendapat perhatian ramai pemain malah ramai yang membalas dengan mesej positif dan menyayat hati. Respons mereka bukan sahaja terhad kepada kesihatan mental tetapi bagaimana game bertindak sebagai penampan yang membantu mereka dalam saat-saat kesusahan.

The Legend of Zelda: Breath of the Wild

Seorang neurosaintis, Alie Caldwell mendedahkan dunia terbentang luas dengan pemandangan indah dan teka-teki mudah dalam The Legend of Zelda: Breath of the Wild meredakan kesedihan dan kerisauan semasa kehilangan datuknya terhadap penyakit demensia (nyanyuk).

Game juga memberi kesan baik kepada kesihatan fizikal. Pengguna Twitter, The Great Massey berkongsi dia gemar bermain Pokémon Go kerana dia suka akan Pokémon dan mahu menjadi lebih sihat. Pokémon GO membantu dia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan berat badan sambil berjalan-jalan dengan anjing belaannya dan gunakan masa sebaiknya untuk menenangkan fikiran.

Karakter-karakter Overwatch

Permainan kompetitif seperti Overwatch meringankan beban sakit dan tekanan perasaan yang semakin meruncing. Menurut streamer NorsePearl, dia berasa lega kerana dia dapat berjumpa dengan ramai kenalan yang sentiasa menaikkan semangatnya dan juga berkesempatan untuk berborak bersama pelakon suara, Carolina Ravassa iaitu suara kepada hero Overwatch, Sombra.

Bukan itu sahaja, game menyediakan ruang selamat bagi pemain bebas untuk memilih apa-apa sahaja tanpa memikirkan kesan dan akibat jangka panjang. Game bertemakan role-playing game (RPG) seperti The Witcher 3: Wild Hunt, Dragon Age: Origins, Simulacra 2, Life is Strange dan Fallout: New Vegas mengambil kira semua keputusan korang yang akan mempengaruhi jalan cerita sama ada baik ataupun jahat.

Dungeon and Dragons juga membantu dalam konteks pendidikan. Sumber: hishgraphics

Malah, game atas meja (tabletop), Dungeon and Dragons juga memberi impak besar yang mengubah hidup seseorang. Seorang Dungeon Master iaitu orang yang mengawal keseluruhan permainan game fantasi RPG ini, Jason mendedahkan satu bebenang bagaimana Dungeon and Dragons menyelamatkan dia daripada mengambil nyawa sendiri dan membantu dia bergaul dengan orang luar.

Apakah pengalaman gaming yang memberikan saat indah dalam kehidupan korang? Adakah korang antara orang bertuah yang berjumpa pasangan hidup semasa bermain game atau dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta sambil bermain game?

Kami mahu dengar kisah-kisah korang! Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+