Gara-gara tunjuk jari tengah, Nnael digantung dua perlawanan di M5

Jungler Geek Fam ID, Manuel Simbolon atau Nnael, 17, dikenakan ban dua perlawanan di kejohanan dunia MLBB, M5 selepas menunjukkan semangat kesukanan yang luntur dalam perlawanan ke atas Deus Vult.

Dalam satu video kemenangan, Nnael dilihat menunjukkan jari tengah ke arah pemain Deus Vult. Ramai netizen turut membuat tangkap layar (screenshot) dan seterusnya menggesa penganjur mengambil tindakan.

Disebabkan kesalahan itu, MOONTON Games mengenakan hukuman tersebut kepadanya.

Mengikut peraturan yang tidak membenarkan mana-mana pemain menunjukkan isyarat tangan yang lucah atau tidak sepatutnya kepada pihak lawan, Nnael digantung dua perlawanan.

Semoga ia memberi pengajaran kepada pemain lain di M5 agar berhati-hati ketika menyambut kemenangan dan bersikap profesional selepas tamat perlawanan.

Geek ID berada di kedudukan yang penting sekarang ini selepas memenangi perlawanan ke atas The Ohio Brothers dan Deus Vult namun hukuman ini pastinya akan memberi kesan kepada perjalanan mereka di pusingan knockout kelak.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+