Garena Call Of Duty Mobile Kini Boleh Dimainkan Dalam Sesi Beta Tertutup

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selepas mengadakan pra-pendaftaran untuk Call of Duty Mobile pada Julai, Garena hari ini mengumumkan permainan mudah alih ini boleh dimainkan dalam fasa beta tertutup di Malaysia, (Asia Tenggara) dan Taiwan.

Untuk menyertai fasa beta tertutup ini, anda perlu mengisi borang aplikasi ini selain boleh mendapatkan akses awal untuk COD Mobile. Beberapa pemain akan dipilih dan akaun mereka akan diubah apabila aplikasi permainan ini dilancarkan nanti – bermakna apa yang dimainkan dalam fasa beta tertutup takkan dibawa ke live server kelak.

Berbeza dengan di platform lain, COD Mobile yang diterbitkan oleh Garena dengan kolaborasi bersama Activision dan Tencent Games ini memaparkan grafik berkualiti tinggi, mod pelbagai dan permainan lebih lancar.

Ia juga memasukkan mod Team Deathmatch, Search & Destroy dan Battle Royale, yang menjadi ikutan pemain game masa kini. Kesemua mod ini boleh dimainkan dalam fasa beta tertutup kelak. Selain itu, pengguna boleh mencuba sistem Scorestreak yang memberikan akses kepada gaya serangan baru seperti memanggil drone ataupun melancarkan Serangan Peluru Berpandu. 

Selain itu dalam mod Battle Royale, terdapat beberapa kenderaan seperti helikopter dan sistem Class baru yang boleh dimainkan mengikut kesesuaian. Seperti juga PUBG Mobile, COD Mobile akan mempunyai pemain vs persekitaran (PvE) yang mana ada elemen seperti zombi dan Cerberus.

Sebelum ini, pra pendaftaran menarik sehingga 80,0000 pengguna di Singapura, Malaysia dan Filipina.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook rasmi mereka: Garena Call Of Duty Mobile

Pendaftaran Beta Tertutup: LINK

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+