Free Fire: “Semestinya Jakarta sasaran kami” – Norain (Expand)

Pengurus pasukan Expand, Norain Abu Talib atau lebih dikenali sebagai Umi dalam kalangan peminat tempatan menyifatkan Grand Finals ESL Snapdragon Pro Series di Jakarta akan membuka lembaran baharu untuk Expand mempelajari sesuatu.

“Jakarta adalah platform terbaik untuk kami (Expand) menimba pengalaman dengan pasukan bertaraf dunia,” ujarnya ketika dihubungi MyGameOn.

Di samping itu, dia menekankan faktor utama seperti kematangan menghadapi cabaran, peningkatan skil, penyesuaian terhadap strategi, sambil berkongsi ilmu antara pasukan lain serta penjagaan emosi dan mental dalam kejohanan yang rata-ratanya pasukan berkelas dunia.

“Kami yakin akan merampas kembali kedudukan kedua tetapi dalam masa sama kejuaraan itu juga impian kami yang akan diusahakan,” tambah Norain.

Perlawanan Play-Ins hanya berbaki tiga hari dan 18 pusingan sahaja. Dengan itu, Expand juga menjangkakan penukaran barisan pemain untuk menonjolkan kepelbagaian dalam permainan.

“Kepelbagaian itu , pergerakan konservatif dan tidak terlalu merusuh akan diterapkan bergantung kepada penguasan peta berdasarkan keputusan minggu-minggu lalu,” tambahnya.

RELATED NEWS

+