Gear Tactics Adalah Prekuel Gears of War, Menampilkan Gameplay Turn-Based Strategy

Microsoft mengumumkan Gears Tactics, satu permainan turn-based yang dijadualkan untuk dunia Gears of War ketika persidangan E3 2018 sebentar tadi.

Gameplay pendek itu menunjukkan pemain mengawal beberapa askar COG untuk melawan Locust, musuh yang biasa dijumpai dalam dunia Gears of War. Tiada pula mention mengenai karakter dari permainan GoW lain tapi Tactics adalah prekuel yang mengambil masa 12 tahun sebelum permain pertama GoW!

Ini bukanlah kali pertama Microsoft menukarkan permainan tembak-menembak konsol kepada strategi. Pada 2009, mereka pernah mengeluarkan Halo Wars yang dibangunkan oleh Ensemble dan mendapat reaksi positif daripada semua. Gear Tactics akan menjadi judul di PC saja, satu langkah yang agak pelik bagi Microsoft pada 2018.

Ia akan dikeluarkan di Windows 10.

RELATED NEWS

+