Microsoft mengumumkan mereka akan melaburkan RM10.5 bilion untuk Malaysia dalam masa empat tahun ini.
Pelaburan ini dibuat untuk membantu transformasi digital Malaysia.
Satya Nadella selaku Pengerusi Microsoft dan Ketua Pegawai Esekutif mengatakan syarikat itu mahu membina infrastruktuk AI bertaraf dunia dan boleh diperolehi di Malaysia.
Pelaburan ini termasuk pembinaan cloud dan struktur AI termasuk peluang pekerjaan kemahiran AI untuk 200,000 individu di negara ini.
“Kami komited dalam menyokong transformasi AI Malaysia yang juga berguna untuk semua rakyat Malaysia. Pelaburan dalam infrastuktur digital dan kemahiran ini akan membantu perniagaan, komuniti dan pemaju untuk menggunakan teknologi terkini disebalik mengembangkan lagi ekonomi dan inovasi seluruh negara,” ujar Nadella ketika Microsoft Build: AI Day hari ini.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengatakan pelaburan ini bakal membezakan Malaysia sebagai destinasi teratas untuk pelaburan digital.
“Keputusan Microsoft untuk terus melabur ke Malaysia membuktikan Malaysia adalah destinasi yang diutamakan untuk pelaburan digital yang membawa ekosistem baru untuk syarikat yang mahu bertapak di kawasan ini,” ujar Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid (Ketua Pegawai Esekutif MIDA).
Infrastuktur cloud dan AI ini bakal menjadi satu batu loncatan untuk menghubungkan pembahagian digital dan juga perniagaan untuk berkembang maju di dalam era digital ini tambah Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid (Ketua Pegawai Esekutif MIDA).
Rujukan: NST