Xbox Series X|S adalah konsol paling pantas terjual dalam sejarah Xbox

Menurut Satya Nadella, CEO Microsoft, Xbox Series X|S kini rasmi menjadi konsol Xbox paling pantas terjual dalam sejarah Xbox.

Berita ini adalah sebahagian daripada panggilan pendapatan syarikat hari ini, di mana Microsoft mengumumkan mereka kini menjual lebih banyak konsol X dan S berbanding konsol Xbox generasi lalu, walaupun permintaan yang melebihi bekalan. 

Isu kekurangan bekalan ini berikutan isu kekurangan cip yang dijangka berlarutan hingga tahun 2023.

Di samping berita ini, Nadella menyatakan komitmen syarikat itu dalam permainan secara ‘all-in’, selain mengumumkan kerjasama Microsoft dengan pembuat TV global untuk sertakan permainan Xbox terus ke TV.

Pendapatan Microsoft pada suku terakhir meningkat sehingga $357 juta atau 11 peratus, yang dipengaruhi oleh hasil penjualan konsol Xbox.

Peningkatakan ini diimbangi dengan pendapatan daripada kandungan dan servis yang menurun sebanyak 4 peratus atau AS$128 juta, berikutan kekurangan permainan pihak ketiga.

Namun, pihak Microsoft tidak menyatakan kemaskini jumlah pelanggan Game Pass. Ia menggambarkan perkembangan  “dua digit rendah” untuk pendapatan permainan Xbox pada suku akan datang dan kekurangan bekalan konsol Xbox yang berterusan. 

RELATED NEWS

+