Gears 5 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 10 September 2019

Peminat siri Gears of War mesti tak sabar nak main game terbaru, Gears 5.

Berita baik kepada korang kerana Gears 5 akan hadir di PC dan Xbox One pada 10 September 2019. Gears 5 akan meletakkan posisi pemain untuk mengenali asal usul Locust Horde dan korang akan bermain sebagai Kait Diaz, orang luar berketurunan Locust berperang dengan jiwanya tersendiri, Sara.

Protagonis utama Gears of War 4, JD Fenix bersama rakannya, Delmot Walker kembali manakala protagonis Gears of War iaitu bapa kepada JD, Marcus Fenix turut muncul untuk menghapuskan puak alien dalam Gears 5.

Microsoft juga mengumumkan mod baru Gears 5 secara online dipanggil sebagai Escape. Korang boleh membentuk pasukan seramai 3 pemain yang mana korang akan bekerjasama untuk menghapuskan sarang musuh. Di samping itu, Xbox bakal membawakan dua karakter daripada filem Terminator Dark Fate yang bakal ditayangkan di layar perak iaitu Sarah Connor dan T-800 ke dalam game ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+