Tom Clancy’s Elite Squad: Game Mobile Menggabungkan Hero & Penjahat Ikonik Daripada Semua Game Tom Clancy’s

Ketika di persidangan Ubisoft E3 2019, Ubisoft mengumumkan sebuah game mobile yang membariskan karakter-karakter ikonik dalam francais Tom Clancy’s daripada The Division, Rainbow Six sehinggalah Splinter Cell bertajuk Tom Clancy’s Elite Squad.

Tom Clancy’s Elite Squad adalah game ketenteraan role-playing game (RPG) yang mana pemain boleh membentuk pasukan terdiri daripada hero dan penjahat daripada pelbagai game Tom Clancy’s seramai 5 orang dan bertempur dalam perlawanan 5v5 secara online.

Game ini mencabar strategi dan kerjasama untuk membina dan menaiktarafkan ahli pasukan dengan pelbagai jenis senjata dan perisai. Korang boleh mencabar pemain lain untuk menjadi nombor satu di carta PvP Arena dan menyertai pemain lain untuk berperang dengan Guild lain dalam Guild Wars.

Terdapat juga Campaign Mode (mod PvE) yang mengetengahkan cerita baru bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman orang jahat.

Setakat ini, tiada tarikh rasmi untuk Tom Clancy’s Elite Squad yang bakal hadir di Android dan iOS. Korang boleh pra-daftar di sini untuk dapatkan karakter eksklusif Colonel Cole D. Walker daripada Ghost Recon: Breakpoint.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+