Geek Fam bakal umum pemain baru selepas tahun baru – Amoux

Setiap kali berakhirnya musim Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL), pasti akan ada pasukan yang akan melakukan rombakan terhadap barisan pemain mereka.

Perkara ini dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kekuatan pasukan dan mencuba sesuatu yang baru. 

Untuk pasukan Geek Fam, mereka sudah membuat pengumuman bahawa Panda sudah tidak lagi bersama mereka.

Menerusi sebuah tangkap layar Instagram story milik jurulatih pasukan Geek Fam MY iaitu Amoux. Beliau menjawab persoalan netizen yang ingin menyertai pasukan itu.

“Tryout dah tamat, kesemua pemain akan masuk selepas tahun baru. Nantikan kemunculan mereka dari pengumuman rasmi pihak Geek Fam nanti”.

Selain itu, beliau juga turut mengacah tentang barisan pemain pasukan Geek Fam di musim kesembilan. 

“New Old-Gen, bantu yang lama sambil membangun yang baru,” tulisnya.

Adakah kita akan melihat pembaharuan pasukan Geek Fam akan meningkatkan lagi prestasi mereka di musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+