Geek Fam ucap selamat tinggal kepada Xorn

Selepas enam tahun berkhidmat untuk Geek Fam, akhirnya Xorn meninggalkan organisasi itu.

Berita ini disampaikan oleh organisasi Geek Fam di mana mereka mengucap selamat tinggal kepada Xorn di dalam satu ciapan di laman sosial mereka.

“Kami amat berbangga kerana sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan Xorn sepanjang kerjayanya, bermula dari 2018 sebagai Geek Fam Mystic Burden,” kata Geek Fam.

Xorn merupakan antara pemain yang berjaya menyumbang kejuaraan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) pada musim ketiga.

Selepas Geek Fam tersingkir daripada MPL MY, Xorn dipinjamkan ke pasukan seperti Team SMG dan Yoodo Red Giants Esports.

Di peringkat antarabangsa, Xorn mewakili negara sebanyak dua kali untuk temasya dwitahunan di rantau ASEAN iaitu Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Xorn (@hb.xorn)

Dia membawa pulang pingat perak di Sukan SEA pada edisi 2023.

Secara individu, Xorn pernah menjadi MVP MPL MY/SG di peringkat liga pada musim kelima dan berjaya menjadi antara barisan pemain terbaik musim liga pada musim ke-10 MPL MY.

Kini, bukan lagi satu rahsia yang Xorn sudah bersiap sedia untuk menyertai HomeBois selepas keluar daripada Geek Fam.

Dia turut menukar username Instagram daripada @hshmm_ kepada @hb.xorn.

Xorn berasa lega akhirnya dapat keluar Geek Fam dan berhijrah ke HomeBois.

Kini, ramai menanti pengumuman Xorn daripada HomeBois mengenai perpindahannya ke pasukan itu.

RELATED NEWS

+