Nets Gold Laner baharu HomeBois, Raizel pulang ke Indonesia

Gold Laner HomeBois, Raizel kini kembali ke Indonesia, menurut Pengasas HomeBois, Nureddy Nursal atau DaddyHood. Pemain muda yang membantu skuad Malaysia ke kejohanan dunia MLBB, M5 itu hanya dipinjamkan ke HomeBois dari Alter Ego.

Posisinya kini digalas oleh gold laner muda dari Filipina, Nets yang berusia 19 tahun.

Nyata, impak Raizel semestinya tidak boleh diperkecilkan kerana dia membantu HomeBois memenangi Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim ke-12 tak lama dulu.

Raizel mempunyai kemahiran makro yang agak tinggi menggunakan Bruno, salah satu hero signature selalu dimainkannya.

Prestasi HomeBois di M5 bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan apabila tewas di peringkat kumpulan dan tidak berjaya melangkah ke peringkat knockout.

Terima kasih Raizel kerana sudah membantu HomeBois melangkah sejauh ini!

RELATED NEWS

+