Pemilik TikTok, ByteDance kini dalam perbincangan dengan Tencent untuk mejual beberapa aset permainan video mereka.
ByteDance dan Tencent juga masih dalam perbincangan untuk beberapa permainan video popular seperti “Crystal of Atlan” dan “Earth: Revival”.
ByteDance pada November lepas juga mengatakan mereka tidak mahu lagi memberi fokus kepada industri permainan video kerana ingin memberi fokus kepada teras perniagaan lain.
Syarikat itu juga sudah memberhentikan pembuatan permainan video yang masih belum keluar dan merancang untuk melupuskan beberapa permainan video yang sudah keluar.
Mereka juga sedang mencari pembeli untuk unit seperti Moonton yang dibeli oleh ByteDance pada tahun 2021.
Rujukan: Reuters