HomeBois kini ranking kedua dunia mengikut carta Gosu Gamers

Mengikut ranking yang dikeluarkan oleh portal e-sukan Gosu Gamers, HomeBois kini di tempat kedua ranking dunia bagi kategori MLBB.

Carta itu menunjukkan HomeBois mengumpul sebanyak 1,241 mata, di mana tempat pertama dipegang oleh ONIC Esports dengan 1,382 mata.

HomeBois juga mencatatkan kadar kemenangan sebanyak 59 peratus dan hadiah kemenangan AS$19,100.

Ranking ini akan berubah dari masa ke semasa dan kita bakal melihat adakah HomeBois boleh mengejar ONIC ataupun jatuh satu anak tangga dan diganti oleh See You Soon yang masih teguh bertanding di kejohanan dunia MLBB, M5.

Bagaimanapun, ranking ini tidak dimeritkan mengikut beberapa merit seperti kadar kemenangan di kejohanan disertai dan bukannya pertembungan secara langsung antara pemegang ranking ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+